THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 15, 2011

8 fakta KFC

Dalam banyak2 franchise makanan ataupun restoran, KFClah diantara yang popular selain McD, pizzahut ataupun sugarbun.
Jangan korang kenal dinner plate ataupun cheezy wegdes sahaja ok, korang kena tau juga beberapa fakta mengenai KFC ni. Tak kenal maka tak cinta. 

1-Orang itu adalah Harland David Sanders aka Harland Colonel Sanders, iaitu pengasas ayam kentucky goreng ini.
Dia prebet je pun. Mana ada sampai pangkat kolonel. Sekolah pun sampai grade 7 je. Dia berhenti sekolah sebab ingin membantu keluarga yang susah. Malah dia pun bukan veteran perang dunia ke-2

2-Harland Sanders mendapat gelaran “kolonel” melalui Gabenor Kentucky sendiri disebabkan reputasi beliau memperkenalkan franchise ayam goreng diatas pertubuhan  ”Kentucky Colonel“.

3-Harland Sander membuka restorannya yang pertama pada tahun 1930 dihadapan stesen minyak tempat dia bekerja makan gaji. Tetapi bukan KFC lagi. Dia buka restoran dengan nama Sanders Court and cafe.

4-Pada tahun 1940 iaitu selepas penemuan periuk bertekanan dimana, periuk ini merupakan perkara yang penting untuk memantapkan resipi beliau.

5-Tahun 1952, harland Sanders menjual franchise KFCnya kepada Pete Harman. Harland akan mendapat bayaran untuk setiap ayam yang Pete jual~~

6-Pada 1957, tahun Tanah Melayu merdeka, bucket pertama KFC telah diperkenalkan dan ianya memang mendapat sambutan hangat. Sebelum itu, KFC tidak dijual pada bucket tetap hanya dalam bentuk restoran.

7-Jika lebih 80 negara ada restoran KFC, dan dalam satu negara ada seribu restoran KFC.. berapa agaknya?

8-Kentucky disini bukan kentang ye tuan2 dan puan2. Kentucky adalah negara dimana franchise ayamg goreng ini diperkenalkan.

0 comments: